Ketahui semua 13 ganti nama dalam Bahasa Arab al-Quran

Ganti nama - dalam Bahasa Arab disebut sebagai - ضَمِيْرُ . Ganti nama digunakan untuk merujuk kepada sesuatu (seperti orang, benda atau perkara). Perkataan-perkataan ganti nama dalam Bahasa Arab al-Quran ada 13 kesemuanya.



Perkataan-perkataan ganti nama tersebut ialah:

أَنَا - نَحْنُ - أَنْتَ - أَنْتِ - أَنْتُمَا - أَنْتُمْ - أَنْتُنَّ - هُوَ - هِيَ - هُمَا - هُمْ - هُنَّ - هِيَ -


Maksudnya:

aku, kami, engkau, engkau perempuan, engkau berdua, kamu, kamu perempuan, dia, dia perempuan, dia berdua, mereka, mereka perempuan, dan ia



Perkataan-perkataan ini dibahagikan mengikut ciri-ciri yang dinyatakan di bawah



Sifat kata

  • Muzakkar - مُذَكَّرٌ - bermaksud lelaki. Ia merujuk kepada sesuatu secara umum.
  • Muannath - مُؤَنَّثٌ - bermaksud perempuan. Ia merujuk kepada orang perempuan atau sesuatu yang kembar atau berpasangan.


Pembilang kata

  • Mufrad - مُفْرَدٌ - merujuk kepada sesuatu yang tunggal.
  • Muthanna مُثَنَّى - merujuk kepada sesuatu dalam gandaan dua.
  • Jamak جَمْعٌ - merujuk kepada sesuatu yang banyak atau ramai.


Ganti nama untuk yang berakal

Ganti nama untuk yang berakal digunakan untuk merujuk kepada tuhan, manusia, dan makluk-makhluk hidup yang mempunyai akal fikiran.



Ganti nama pertama digunakan oleh pihak yang berkata untuk merujuk kepada dirinya sendiri.

أَنَا - bermaksud  aku  - merujuk kepada dirinya.

نَحْنُ - bermaksud  kami  - merujuk kepada dirinya dan semua yang bersama dengannya.




Ganti nama kedua  digunakan oleh pihak yang berkata untuk merujuk kepada pihak yang mendengar atau membaca kata-katanya.

أَنْتَ - bermaksud  engkau  - merujuk kepada seorang pendengar. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

أَنْتِ - bermaksud  engkau perempuan  - merujuk kepada seorang pendengar perempuan. (Secara khusus)

أَنْتُمَا - bermaksud  engkau berdua  - merujuk kepada dua orang pendengar. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

أَنْتُمْ - bermaksud  kamu  - merujuk kepada semua pendengar. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

أَنْتُنَّ - bermaksud  kamu perempuan - merujuk kepada semua pendengar perempuan. (Secara khusus)




Ganti nama ketiga digunakan oleh pihak yang berkata untuk merujuk kepada individu lain (iaitu pihak ketiga) yang diperkatakannya.

هُوَ - bermaksud  dia  - merujuk kepada seorang individu ketiga. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

هِيَ - bermaksud  dia perempuan  - merujuk kepada seorang individu ketiga yang perempuan. (Secara khusus)

هُمَا - bermaksud  mereka berdua  - merujuk kepada dua individu ketiga. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

هُمْ - bermaksud  mereka  - merujuk kepada ramai individu ketiga. (Secara umum, tidak kira lelaki atau perempuan)

هُنَّ - bermaksud  mereka perempuan - merujuk kepada ramai individu ketiga yang perempuan. (Secara khusus)



Ganti nama untuk yang tidak berakal

Ganti nama untuk yang tidak berakal digunakan oleh pihak yang berkata untuk merujuk kepada benda-benda dan perkara-perkara yang mati, tidak hidup dan tidak berakal. Kadang kala, ganti nama untuk yang tidak berakal turut digunakan ke atas manusia bagi menerangkan sikapnya yang tidak berakal.

هِيَ - bermaksud  ia  - merujuk kepada benda atau perkara yang diperkatakannya.



Jadual ganti nama dalam Bahasa Arab

Bilangan Jantina Maksud ضَمِيْرُ
3 / lebih 2 orang Seorang Perempuan Lelaki
a a a Aku أَنَا
a a a a Kami نَحْنُ
3 / lebih 2 orang Seorang Perempuan Lelaki Maksud
a a Engkau أَنْتَ
a a Engkau (P) أَنْتِ
a a a Engkau (2) أَنْتُمَا
a a Kamu أَنْتُمْ
a a Kamu (L) أَنْتُنَّ
3 / lebih 2 orang Seorang Perempuan Lelaki Maksud
a a Dia
هُوَ
a a Dia هِيَ
a a a Dia (2) هُمَا
a a Mereka هُمْ
a a Mereka (P) هُنَّ


Baca selanjutnya



Topik-topik carian pembaca


dhomir
maksud dhomir dalam bahasa melayu
ganti nama dalam bahasa arab

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini